Saturday 30 July 2011

Ramadhan Menjelang Lagi....



As'salamualaikum...
Pejam celik pejam celik dah memasuki bulan puasa semula... Alhamdulillah Allah lanjutkan usia kita untuk terus beribadat kepada-Nya sepanjang bulan yang penuh barakah ini.... Kepada kawan2 aku harap semuanya dapat berpuasa penuh pada tahun ini.. Kepada calon SPM jangan jadikan TRIAL sebagai alasan untuk x pergi taraweh,haha...
Lagu ni aku nak bagi orang dengar supaya dapat merasai semangat puasa dengan lebih kuat.. Apa lagi yang aku nak tulis pun xtahu... Apa2 pun aku memang "excited" gila



Kalau dah berpuasa 2 jangan duk jadi cam apa yang terpapar dekat pic atas 2...
Jangan duk merungut lapar itu ini waktu berpuasa.. (burger,roti jonh,nasi beriani,soya,haha... mcm2 yang hampa nk makan)...


Ok... kesimpulannya dekat sini aku sekali lagi nak ucapkan:
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak.. Semoga Puasa Kita Pada Tahun Ini Diterima Allah S.W.T..amin

Sunday 24 July 2011

KISAH DEMI KISAH

Cantik tak aku punya blog yang telah di ubahsuai?..
Sebenarnya bukan apa, selama aku menulis blog sebelum ni ramai orang yang asyik komen,bertanya dan berkata:

Kawan 1 : Nazri awat blog ang jiwang sangat?
Kawan 2 : Nazri awat blog ang ni sedih ja aku baca?
Kawan 3 : Nazri, blog ang ni semuanya berkisarkan cinta ja... 

Hee... yang sebenarnya aku sendiri pun tak pernah perasan yang selama ni aku memang asyik menulis pasal cinta & kisah sedih ja... Bila dah ada yang bertanya macam tu baru aku pun buka & kaji balik, baru aku perasan memang betul apa yang diperkatakan tu. Jadi aku mencari ilham supaya kisah aku selepas ni lain sikit dari yang sebelumnya.... Sebagai permulaannya aku ubahsuai la halamannya dulu.. 

Wednesday 20 July 2011

Love??

Love??...
Love not mean sayang..
Love not only for couple..
Love also for friends..
Love not only end with married,Do you know what??
Love not only mean cinta..
Love not also
Love also end with true friendship

Tuesday 19 July 2011

Ini Sebuah Cute Luve Story...

Gurl : saya cantik x??
Boy : x!!
Gurl : awak nak hidup bersama dengan saya x??
Boy : x!!
Gurl : awak akan menangis kalau saya tinggalkan awak??
Boy : x!!



Gurl mula menangis, Boy tarik Gurl rapat-rapat dekat dengan diri dia dan cakap;


"Awak tak cantik tapi tercantik, saya tak nak hidup dengan awak tapi saya hidup untuk awak, kalau awak tinggalkan saya, saya tak akan menangis tapi saya akan mati....." Itulah cinta saya untuk awak buat selama-lamanya

Kenapa Aku "Still Single"

  • Masih belum terbuka hati?
  • Tiada pilihan yang sesuai?
  • Cerewet?
  • Terlampau memilih?
  • Terlalu mementingkan kesempurnaan?
  • Sensitif?
  • Takut?
  • Rasa lalai?
  • Tiada perempuan berani mendekati?
  • Mungkin sebab aku seorang ketua pengawas?
  • Sukar didampingi?
  • Tidak menarik?
  • Tak tahu nak pilih yang mana satu?
Kalau la ada seseorang wanita yang berani menjelaskan semua ini kepada aku kan senang... Boleh aku perbaiki.....

Sunday 17 July 2011

MAKLUMAT TAMBAHAN MENGENAI AKU

Terima kasih aku ucapkan kepada semua yang sudi membaca blog aku..
Untuk pengetahuan para pengikut (macam ramai sangat), sebenarnya aku tak suka menggunakan ejaan singkatan untuk setiap penulisan aku. Jadi jangan kata aku "skema" pulak...
Biasa la,aku sebenarnya suka dengan Bahasaku, apa salahnya aku cuba memartabatkan bahasa ibunda kita ni, haha..
Dirgahayu Bahasaku!!!

BEGINILAH BERAKHIRNYA SEBUAH KISAH....

Bertapa indahnya kehidupan saat pertama kali aku bertemu dengan dirinya...
Kehidupan kian berubah apabila diri terasa seperti ada yang mengasihi, ada yang menyayangi..
Sejak detik itu persepsiku terhadap wanita kian berubah, diriku yang sebelumnya tidak pernah menginginkan kasih sayang daripada wanita semakin terhapus, dikala ini aku terasa terlampau dahagakan kasih sayang daripada dirinya...
Aku berasa bertuah kerana dipertemukan dengan dirinya, pada saat itu rasa syukur lahir dari dalam hati..
Perasaan ingin mencuba untuk memiliki dirinya kian membuak-buak, hatiku merayu-rayu kepadanya agar dia dapat merasai rasa cinta aku kepadanya.....
Namun, disaat diri kian memuncak untuk aku memilikinya,muncul pula penghalang di antara kami...
Penghalang ini yang membuatkan aku sakit, dialah yang menghancurkan segalanya, amat perit bagiku untuk aku menghadapinya, siapakah yang menyangka perhubunganku dengan seorang wanita yang bagiku begitu istimewa telah di hancuri oleh sahabat sendiri...
Sehingga kini perasaan itu menghantui diri, sesalan demi sesalan datang menimpa, "mengapakah aku bertemu dengan dirinya?, mengapakah aku terpikat padanya?"
Padahal mungkin perkara ini tidak langsung terlintas di benak hatinya..
Pesanan aku buat insan yang pernah aku sayangi; semoga bahagia dalam kehidupan, dan semoga bertemu dengan insan yang lebih baik..
Pesanan buat insan yang pernah aku anggap sebagai sahabat; aku tidak terlintas untuk memaafkannya, bagiku dia seorang yang tidak punya perasaan, baginya perasaan sayang merupakan satu mainan, mungkin dia telah mencapai matlamat hidupnya, aku tidak akan menerimanya sebagai sahabat baik...
Beginilah berakhirnya sebuah kisah antara aku,dia & Mr.Pengkhianat
View Image

Friday 15 July 2011

Petua Pelajar Cemerlang

Daripada Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah

Pelajar cemerlang haruslah:
1.Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri.
2.Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa,
  • kita ingat 10% daripada apa yang dibaca
  • kita ingat 20% daripada apa yang didengar
  • kita ingat 50% daripada apa yang didengar & dilihat
  • kita ingat 70% daripada apa yang didengar
  • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3.Belajar secara aktif dengan pen/pensil di tangan.
4.Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminngu (tidak termasuk kerja rumah).
5.Belajar dalam persekitaran kondusif,
  • pastikan cahaya adalah terang
  • kurangkan gangguan bunyi
  • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
  • tampal gambar yang menenangkan fikiran
  • kerusi dan meja menghadap kiblat
  • jangan lupa untuk senyum
6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas salin nota dari kawan.
7. Mengulangkaji dengan menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota,lakar/tulis,sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
8. Berbuat baik dengan guru. Sentiasa hormati dan sayangi mereka.
9. Teknik membaca yang betul,
  • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
  • memberikan tumpuan sepenuhnya
  • menggunakan jari telunjuk untuk mebaca
  • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
10. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas solat, sebelum mengulangkaji, dan sebelum
      menghadapi  peperiksaan.
11. Tidak belajar ketika letih.
12. Berehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
13. Perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur,selepas bangun tidur,selepas mandi air panas,selepas baca al-Quran/zikir,selepas riadah dan selepas berdoa.
14. Petua-petua agar tidak mudah lupa,
  • jangan makan kepala ikan
  • jangan makan organ dalaman
  • jangan minum semasa makan
  • jangan minum/makan makanan yang tercemar oleh semut
  • jangan melihat kemaluan
  • jangan melihat buih
  • jangan membaca nama pada batu nisan
  • banyakkan minum/makan makanan yang mengandungi soya
  • banyakkan makan kismis,kurma dan madu
  • banyakkan makan kekacang
  • pakai minyak wangi ketika belajar/menghadapi peperiksaan
  • jangan makan sehingga terlalu kenyang
  • jangan kencing berdiri
15. Kemahiran mengingat,
  • tampal nota-nota penting di dinding
  • tukar perkataan,ayat/definisi dalam bentuk gambar atau rajah
  • gunakan kaedah akronim
  • reka cerita/ayat mengenai konsep yang perlu diingat
  • pecahkan maklumat kepada kumpulan yang kecil
16. Cekap mengatur jadual belajar.
17. Tidak menangguh belajar pada saat akhir & tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
18. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali tandas).
19. Menjadikan nota-nota lebih menarik.
20. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
  • taat kepada Allah
  • menyempurnakan solat
  • menghormati kedua ibu bapa & sentiasa mendoakan mereka
  • hormati & sayangi guru
  • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan
  • suka pada setiap pelajaran yang dipelajari
  • membantu rakan yang memerlukan
  • berdoa & bersyukur kepada Allah
  • sentiasa bertawakal
  • mahir dalam setiap matapelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang,adalah juga cemerlang pada akhlak,tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja.
Semoga Bermanfaat.....

Sebuah Buku Kehidupan

Kehidupan kita di dunia ini dibaratkan seperti sebuah buku.
Setiap manusia tidak sama tebal helaian muka suratnya.
Kulit hadapan sebuah buku merupakan harikita dilahirkan ke dunia ini,manakala kulitnya yang di bahagian belakang merupan penamat riwayat kehidupan kita.
Terdapat sesetengah daripada buku tersebut kulit di bahagian hadapannya sangat cantik dan bersih tetapi kulit di bahagian belakangnya tersangatlah buruk.
Namun terdapat juga kulit hadapannya kelihatan jijik,tetapi kulit bahagian belakangnya amat bersih.
Begitulah kehidupan kita...
Setiap helaian mukasuratnya merupakan hari-hari yang telah Allah kurniakan kepada kita dalam dunia ini.
walaupun helaian sebelumnya telah kita kotori dengan pelbagai kejahatan,namun kita tetap diberi kesempatan dan peluang untuk menulis sesuatu yang baru pada helaian yang bersih pada keesokan harinya.
Begitulah kehidupan kita...
View Image

Sahabat..........
Hargailah hari-hari yang telah Allah berikan kepada kita kearah kebaikan dan melakukan perkara yang diredhaiNya.
Amin......

Berubah Wajah

As'salamualaikum
Kali ini aq tlah mngubah suaikan blog aq krana sdah agk bosan dngn blog yg lma,aq asa seolah-olah tlah mmbka sbuah bku bru....he