Saturday 10 December 2011

Ish!!! boring gila hari2 xtau nak buat pa... Nak update blog pun xda mood tengok blog aku hambar gila..macam xberseri ja,sunyi sepi... aku sendiri pun boring tengok blog aku tmbah lagi la orang lain.. macam mana nak bagi blog aku ni berseri xtau...???aku ni pun bukan pandai sangat bab2 teknologi komputer ni...

Friday 30 September 2011

10 Rumah Termahal Dunia

Mampukah aku memilikinya?
pasti itu persoalan yang akan timbul di benak permikiran apabila melihat koleksi gambar  rumah2 ini yang dikategorikan antara paling mahal setakat ini.


1. Antilla,India-USD 1Billion

2. Villa Leopolda,French-USD 525Million

3. One Hyde Park,The Penthouse London-USD 200Million

4. William Randolp Hearst's Mansion,London-USD 163Million

5. Hearst Castle,Beverly Hills-USD 163Million

6. The Aaron Spelling's Manor,Los Angeles-USD 150Million

7. Updown Court,Windlesham Surrey-USD 139Million

8. Hala Ranch Mansion,Colo-USD 135Million


9. Dracula's Castle,Romania-USD 130Million

10. Donald Trump's Maison de L'Amitie,Palm Beach-Usd 125Million




Tuesday 27 September 2011

Sambutan Raya Sekolah

salam...
hari ni dekat sekolah aku telah adakan majlis sambutan hari raya... boleh dikatakan semuanya berjalan dengan lancar, tapi kesimpulan yang dapat diibuat sambutan tu tak berapa menyengat laaaa...
Suka tu ada jugak,tapi ni la sambutan raya aku yang terakhir dekat sekolah memandangkan tahun ni "last year", sedihnya bila sambutan terakhir ni x berapa best.. banyak kekurangan yang perlu diperbaiki bagi mengindahkan lagi sebarang sambutan dekat sekolah... Tapi aku nak kongsi la beberapa pic yang sempat diambil sepanjang majlis tu...

aku,fahmi,own,enn sin,li yen, n xia..nk kata 1Malaysia pun satu kaum lagi tak da..he

masing2 bajet cun....termasuk la aku

yang ni secara kebetulan pakai baju sama warna,jadi curi peluang ambik gambar sekali...

yang ni pun warna baju lebih kurang, fifie eyzanie..

ni last picture buat masa sekarang ni..nanti ada lagi aku kongsi la lagi..
Apa2 pun aku nak ucapkan terima kasih deka cikgu2 sebab berusaha jugak menganjurkan sambutan hari raya ni, kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tak langsung aku ucapkan terima kasih jugak... badan kuasa pengawas sekolah jugak telah menjalankan tugas dengan baik,harap2 ianya berkekalan,amin........



Thursday 1 September 2011

Bestnya Beraya!!

Hari raya 'best' gila wey.... p raya merata dengan kawan2, yang paling seronok dapat duit raya banyak....
hari ni "first" sekali pergi rumah cikgu Rusma,manh happy la raya dekat situ sebab dalam kampung,dapat rasa suasana beraya di desa, sebelum ni asyik beraya dalam pekan ja,boring gak...makan sedap jugak dekat rumah cikgu,makan spaghetty dan lontong,sedap!!!nyam..nyammm.............. pastu pergi rumah kawan, seterusnya sambung g rumah cikgu Hajah Azizan,makan sedap jugak n rumah dia memang "best", dan yang penting ni la rumah yang bagi duit raya paling banyak buat masa sekarang ni...Alhamdulillah................. Esok kita sambung lagi pergi beraya.......jom2...

Sunday 28 August 2011

SALAM LEBARAN...

As'salamualaikum...
Hampir 3 minggu aku tidak membuka internet, sebab nak bagi penghormatan buat "trial"... Ye!!!!!!!!!!!!!!!...... leganya "trial" dh habis.. sebelum ni aku dengar lagu raya yang berkumandang aku rasa geram gila, mahunya x orang lain dengar lagu raya dengan persiapan raya, yang aku dengar lagu raya sambil baca buku ja......... Tapi, setelah tamat "trial" aku la orang yang pulun duk dengar lagu raya,semua lagu aku hafal... ni nak bagi tahu, seronok tu seronok jugak tapi jangan la duk lupa dekat orang yang susah, jangan duk "enjoy" main mercun apa semua, membakar duit ja.. Yang nak balik kampung tu semoga selamat sampai ke destinasi.. nak mudah atur jadual raya ni nak raya mana apa semua dengar ja lagu raya senario ni, dia dah atur dah nk raya mana dari raya pertama sampai raya ke berapa entah,layan ja la.. Janji kita semua terhibur.
Ok... tujuan utama aku nak tulis ni:
#Selamat hari raya buat semua sahabat yang dekat atau x berapa rapat jugak.. Khasnya buat kawan rapat n kawan blog aku macam Danish,Pit Not,Own,Paan, Kimy, Tok Wan n ramai lagi..yang x sebut jangan terasa hati, terlupa kejap ja nanti aku ingat balik korang semua ya.. Buat cikgu2 kesayangan aku, dan jugak kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia... Aku menyusun jari memohon am[pun dan maaf kepada sesiapa yang aku ada buat salah atau terasa hati dengan aku.. Kita buka buku baru ye..
 Insya'Allah ada rezeki kita berjumpa ya, ok sebelum aku tamatkan "entry" aku kali ini, sekali lagi aku ucapkan selamt hari raya dan maaf zahir batin........
.

Saturday 30 July 2011

Ramadhan Menjelang Lagi....



As'salamualaikum...
Pejam celik pejam celik dah memasuki bulan puasa semula... Alhamdulillah Allah lanjutkan usia kita untuk terus beribadat kepada-Nya sepanjang bulan yang penuh barakah ini.... Kepada kawan2 aku harap semuanya dapat berpuasa penuh pada tahun ini.. Kepada calon SPM jangan jadikan TRIAL sebagai alasan untuk x pergi taraweh,haha...
Lagu ni aku nak bagi orang dengar supaya dapat merasai semangat puasa dengan lebih kuat.. Apa lagi yang aku nak tulis pun xtahu... Apa2 pun aku memang "excited" gila



Kalau dah berpuasa 2 jangan duk jadi cam apa yang terpapar dekat pic atas 2...
Jangan duk merungut lapar itu ini waktu berpuasa.. (burger,roti jonh,nasi beriani,soya,haha... mcm2 yang hampa nk makan)...


Ok... kesimpulannya dekat sini aku sekali lagi nak ucapkan:
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak.. Semoga Puasa Kita Pada Tahun Ini Diterima Allah S.W.T..amin

Sunday 24 July 2011

KISAH DEMI KISAH

Cantik tak aku punya blog yang telah di ubahsuai?..
Sebenarnya bukan apa, selama aku menulis blog sebelum ni ramai orang yang asyik komen,bertanya dan berkata:

Kawan 1 : Nazri awat blog ang jiwang sangat?
Kawan 2 : Nazri awat blog ang ni sedih ja aku baca?
Kawan 3 : Nazri, blog ang ni semuanya berkisarkan cinta ja... 

Hee... yang sebenarnya aku sendiri pun tak pernah perasan yang selama ni aku memang asyik menulis pasal cinta & kisah sedih ja... Bila dah ada yang bertanya macam tu baru aku pun buka & kaji balik, baru aku perasan memang betul apa yang diperkatakan tu. Jadi aku mencari ilham supaya kisah aku selepas ni lain sikit dari yang sebelumnya.... Sebagai permulaannya aku ubahsuai la halamannya dulu..