Friday, 15 July 2011

Sebuah Buku Kehidupan

Kehidupan kita di dunia ini dibaratkan seperti sebuah buku.
Setiap manusia tidak sama tebal helaian muka suratnya.
Kulit hadapan sebuah buku merupakan harikita dilahirkan ke dunia ini,manakala kulitnya yang di bahagian belakang merupan penamat riwayat kehidupan kita.
Terdapat sesetengah daripada buku tersebut kulit di bahagian hadapannya sangat cantik dan bersih tetapi kulit di bahagian belakangnya tersangatlah buruk.
Namun terdapat juga kulit hadapannya kelihatan jijik,tetapi kulit bahagian belakangnya amat bersih.
Begitulah kehidupan kita...
Setiap helaian mukasuratnya merupakan hari-hari yang telah Allah kurniakan kepada kita dalam dunia ini.
walaupun helaian sebelumnya telah kita kotori dengan pelbagai kejahatan,namun kita tetap diberi kesempatan dan peluang untuk menulis sesuatu yang baru pada helaian yang bersih pada keesokan harinya.
Begitulah kehidupan kita...
View Image

Sahabat..........
Hargailah hari-hari yang telah Allah berikan kepada kita kearah kebaikan dan melakukan perkara yang diredhaiNya.
Amin......

No comments:

Post a Comment